Majlis Penutup : Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FTKEE UMPSA

Majlis Penutup : Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FTKEE UMPSA

Bermula 4 hingga 8 Mac 2024 telah berlangsung OSHWEEK FTKEE 2024. Diantara objektif pelaksaan memberi pengetahuan praktikal dan kemahiran kepada para pelajar semester baharu yang telah mendaftar bagi sesi akademik semester II 2023/2024. Penguasaan ini juga penting bagi pelajar baharu FTKEE untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini atau bencana sepertimana yang disarankan oleh pihak OSHMO UMPSA.
 
Para pelajar dapat melaksanakan peranan mereka dengan lebih yakin dan berkesan selaras dengan falsafah universiti di samping dapat menambahkan lagi pelbagai kaedah dan kemahiran dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di kawasan Kampus amnya dan Fakulti Khususnya. Program ini akan dihadiri oleh Pelajar baharu dan pelajar yang mengambil SDP bagi semester ini di FTKEE. Turut hadir Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi merasmikan majlis penutup.

Print   Email