BICARA USAHAWAN: KeJURUTERAan AKOK

BICARA USAHAWAN: KeJURUTERAan AKOK

Siapa sangka, bergelar graduan luar negara jurusan Mekanikal dari Takushoku University, Jepun,kini anak muda ini kembali ke tanah air, di bumi Kelantan dan bergelar seorang usahawan.

Saudara Shamil Sukri, usahawan muda yang kini mengusahakan perniagaan kuih tradisional ikonik Kelantan..apa lagi kalau bukan Akok!

Hasrat untuk mengangkat kuih tradisional ini setaraf dengan sushi dan makanan simbolik negara lain, akhinya mencetus kepada lahirnya Akok Pok Long.

Kini, perusahaan Shamil dibantu seramai 20 pekerja,dengan keupayaan menghasilkan sehingga 6000 biji akok sehari. Perusahaan Akok Pok Long sudah menempa nama khususnya warga Kelantan dan media-media perdana. Namun,

Bagaimana Akok Pok Long bermula?
Adakah saudara Shamil telah meninggalkan disiplin ilmu kejuruteraan buat selama-lamanya?
Apakah inspirasi yang boleh dikongsikan kepada semua lapisan masyarakat khususnya yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan?

Ikuti Sesi Sembang Usahawan ini pada Ahad jam 10 pagi, 26 September 2021 di FB Live Keiken Talk dan Zoom (link akan dikemaskini)

Program ini dibawa dan disokong bersama oleh Alumni Dasar Pandang Ke Timur ALEPS,Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Elektronik UMP.


Print   Email