Dua atlit golf dari FTKEE berjaya mengharumkan nama universiti di Temasya Sukan Universiti Kebangsaan (SukIPT) 2021

Dua atlit golf dari FTKEE berjaya mengharumkan nama universiti di Temasya Sukan Universiti Kebangsaan (SukIPT) 2021

Dua atlit golf yang merupakan pelajar-pelajar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah terpilih untuk mewakili universiti ke Temasya Sukan Universiti Kebangsaan (SukIPT) di Universiti Utara Malaysia pada 21 hingga 23 December 2021 yang lalu. Dua pelajar tersebut iaitu Muhammad Fathi bin Jasmani, 23 dan Ali Imran bin Rozli Sham, 23, telah berjaya mendapat tempat Pertama dan Kelima dalam Kategori Plate Lelaki serta Juara dan Naib Juara dalam kategori Individu Nett di Kejohanan Golf Institusi Pengajian Tinggi (MatchPlayIPT) 2021 di Kelab Golf Sultan Sallehuddin, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 21-23 December 2021 yang lalu.

Seramai lebih 60 peserta yang mewakili daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta dari seluruh negeri telah menyertai kejohanan ini yang diadakan selama tiga hari.


Print   Email