GPS Bestari: Inovasi pensyarah FTKEE UMP bangunkan kandungan digital untuk PdP

GPS Bestari: Inovasi pensyarah FTKEE UMP bangunkan kandungan digital untuk PdP

Peranan universiti pada hari ini dilihat semakin mencabar. Tatkala institusi pengajian tinggi (IPT) berusaha keras menghasilkan graduan berkualiti bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan seiring dengan Revolusi Perindustrian (IR4.0), mereka juga berdepan cabaran  pandemik penularan Covid-19 di seluruh dunia.

Cabaran ini diibaratkan sebagai satu anjakan paradigm bagi universiti untuk melihat semula peranan IPT dalam suasana normal baharu serta mendepani era kepesatan teknologi masa kini.  

Bagi Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal, yang mana staf-staf akademik juga berdepan dengan amalan norma baharu seiring dengan corak pendidikan yang fleksibel dan transformasi digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hari ini.

Beliau berkata, penggunaan alat digital dalam pengajaran dan cara membangunkan kandungan digital termasuklah penggunaan video-video dan penggunaan platform bagi berinteraksi antara pelajar dan pensyarah adalah amat penting.

Bagi memudahkan pensyarah, pihaknya mengambil inisiatif menghasilkan satu studio berinovasi di fakulti bagi memastikan PdP secara dalam talian lebih menarik dan interaktif. Studio tersebut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti lightboard, layar hijau, tablet, kamera berkualiti tinggi serta HDMI switcher.

“Kajian membangunkan studio ini telah dimulakan melibatkan beberapa pensyarah dan staf teknikal sejak PKP pertama pada 18 Mac 2020 yang lalu. Perkakas-perkakas dipilih dengan teliti, lightboard direka khas sesuai dengan saiz bilik dan dinding dicat sendiri secara gotong-royong dengan warna yang sesuai.

 

Sumber: GPS Bestari : https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/pahang/inovasi-pensyarah-ump-bangunkan-kandungan-digital-untuk-pdp-1.937459#.YAqgVmT7_


Print   Email