[HEBAHAN] PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN GERAN LAB2MARKET BIL.3/2022

[HEBAHAN] PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN GERAN LAB2MARKET BIL.3/2022

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Y.H/YBhg./YBrs./Dato‘/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN GERAN LAB2MARKET BIL.3/2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan dana penyelidikan bagi Geran Lab2Market Fasa 3 telah dibuka pada 26 Ogos 2022. Inisiatif geran ini adalah untuk membantu para penyelidik menghasilkan projek yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan yang memenuhi spesifikasi industri dan pengguna.
Garis panduan permohonan serta borang permohonan seperti yang dilampirkan.

Sehubungan itu, Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar permohonan. Borang permohonan yang lengkap dalam bentuk softcopy perlu dikemukakan kepada Sekretariat sebelum atau pada 30 September 2022. Permohonan tanpa dokumen sokongan yang lengkap tidak akan diproses.


Print   Email