SESI PERKONGSIAN ILMU: PENYELARASAN SISTEM PENARAFAN BINTANG BAGI PROGRAM LIBATSAMA INDUSTRI & KOMUNITI

SESI PERKONGSIAN ILMU: PENYELARASAN SISTEM PENARAFAN BINTANG BAGI PROGRAM LIBATSAMA INDUSTRI & KOMUNITI

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan bahawa, hasil Inisiatif Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (ICoN) dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi telah mewujudkan satu platform pengkalan data bagi pengumpulan maklumat berkaitan libat sama industri & Komuniti melalui sistem yang dinamakan Indusrty-Community Information Dashboard (ICID). Sistem ini adalah gerbang maklumat yang menggabungkan beberapa modul utama. Pangkalan data ini direkabentuk secara bersepadu bersama pangkalan data sedia ada.

Sehubungan itu, pihak ICoN akan mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Berkenaan Penyelarasan Penarafan Bintang Bagi Aktiviti Libat sama Industri & Komuniti bersama Pengarah, Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCin) - Y.Brs. Prof. Madya Dr. Johari bin Surif. Berikut adalah butiran bengkel:

Tarikh : 8 Disember 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Medium Google Meet : meet.google.com/suz-yayu-ihm

Pihak ICoN berbesar hati menjemput semua staf akademik untuk turut serta dalam sesi perkongsian ilmu ini agar dapat membantu dalam proses pengisian di dalam sistem ICID, UMP.


Print   Email