Setinggi-tinggi Tahniah kepada Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod

3 Ogos 2023 | Kuala Terengganu
 
Jutaan tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod (Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) di atas penerimaan Geran Penyelidikan dari Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) sempena Forum Antarabangsa Antartika dan Perubahan Iklim yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
 
Kerjasama strategik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan YPASM ini memfokuskan kepada penyelidikan kutub dan mengukuhkan kapasiti penyelidikannya dalam sains sempadan global. Selain UMPSA, 7 universiti awam lain turut menerima geran tersebut untuk tahun ini.
 
Semoga kerjasama strategik ini membuahkan hasil yang lebih lagi di masa akan datang.
 
Sumber: Link

Print   Email