UMP NEWS: Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia

UMP NEWS: Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia

PEKAN, 3 Februari 2023 - Radio Frequency Identification (RFID) bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. 

Namun perluasan penggunaan masih pada tahap minimum berikutan banyak perspektif negatif yang timbul mengenai kegagalan sistem RFID pada pengendali tol di Malaysia, sedangkan RFID mempunyai rekod yang cemerlang di negara-negara lain yang turut mengoperasi sistem yang sama.

Melihat kepada perspektif negatif terhadap RFID, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd Hisyam Mohd Ariff, 42 telah menaik taraf potensi RFID dalam beberapa aspek iaitu mendapatkan sistem kelajuan bacaan yang lebih tinggi, mengesan lebih banyak tag dalam jangka masa yang singkat dan kawasan liputan pengesanan yang lebih meluas.

Penyelidikan itu turut mendapat kerjasama daripada pensyarah FTKEE, Dr. Noor Zirwatul Ahlam Naharuddin, Ts. Dr. Mohammad Fadhil Abas dan pensyarah Pusat Sains Matematik (PSM), Dr. Rahimah Jusoh @ Awang.

Menurut Mohd Hisyam, kepesatan teknologi pada masa kini memerlukan medium pemindahan maklumat yang lebih pantas dan berkesan dan RFID merupakan satu bentuk komunikasi tanpa wayar yang menggunakan medan elektromagnet untuk mengenal pasti dan menjejak tag yang dilampirkan pada objek secara automatik.

Sumber rujukan:

1. Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia | UMP News

2. UMP Malaysia - Posts | Facebook