Official Website    

Promosi Program FTKEE UMPSA di Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang

Promosi Program FTKEE UMPSA di Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang

Sedang berlangsung sesi pameran di Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang

ROBOWAR 2024

ROBOWAR 2024

Let’s come and join the RoboFTKEE War Challenge

🗓️ 27 th January 2024 (Saturday).
🕙 9:00 am – 4:00 pm.

🖇️ FTKEE Foyer UMPSA Pekan

Mesyuarat Pasca Persidangan - "The 7th International Conference On Electrical, Control And Computer Engineering" (INECCE 2023)

Mesyuarat Pasca Persidangan - "The 7th International Conference On Electrical, Control And Computer Engineering" (INECCE 2023)

Telah diadakan pada 24 Januari 2024 mesyuarat pasca persidangan The 7th International Conference on Electrical, Control and Computer Engineering (InECCE 2023) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Mesyuarat pasca persidangan diadakan bagi membentangkan hasil persidangan selain membincangkan perkara berbangkit untuk mempertingkatkan kualiti persidangan untuk siri-siri berikutnya.
Terima kasih kepada semua petugas!
Bengkel Penawaran Program Akademik Pesisir TVET Borneo secara kerjasama UMS-UMPSA

Bengkel Penawaran Program Akademik Pesisir TVET Borneo secara kerjasama UMS-UMPSA

Telah diadakan bengkel Program Pesisir TVET BORNEO secara kerjasama UMS-UMPSA bermula 22 dan 23 Januari 2024. Wakil Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) UMPSA telah disertai oleh Ir. Ts. Dr. Rosmadi Bin Abdullah, Ketua Program (Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik)

[SINAR HARIAN] UMPSA Advanced tawar kursus keselamatan kenderaan elektrik (EV)

[SINAR HARIAN] UMPSA Advanced tawar kursus keselamatan kenderaan elektrik (EV)

KUANTAN - Para pemain industri termasuk pengguna perlu memiliki pengetahuan serta pemahaman mendalam terhadap aspek keselamatan penggunaan kenderaan elektrik (EV). Kedua-dua perkara itu amat penting selaras dengan perkembangan teknologi serta pasaran EV yang semakin rancak di Malaysia ketika ini. Susulan daripada perkembangan tersebut, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Advanced menawarkan Kursus Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV di bawah Program Talent Tech kepada semua pemain industri dan agensi berkaitan di Pahang.

Menurut Dr Ahmad Johari Mohamad, kursus jangka pendek itu dapat memberi pendedahan awal kepada warga industri serta agensi kerajaan mengenai aspek keselamatan penyelenggaraan EV. "Adalah satu keperluan penting untuk memiliki pengetahuan asas dalam keselamatan EV kerana teknologi ini bakal diaplikasikan dengan lebih meluas di masa akan datang selari dengan Revolusi Industri 4.0".

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) UMPSA Advanced, Profesor Dr Hamdan Daniyal berkata, kursus yang ditawarkan itu bukan sahaja kepada pemain industri sahaja, tetapi juga kepada agensi-agensi kerajaan seperti polis, bomba dan warga industri tentang EV.

"Kalau boleh, kita mahu setiap agensi ada ilmu mengenai EV supaya mereka tahu cara tangani sekiranya berlaku masalah dengan kenderaan terbabit. Secara asasnya kenderaan EV ini selamat digunakan tetapi ilmu pengetahuan tentang perlu ada," jelasnya.

Rujukan: LINK

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2023/2024 kepada seluruh mahasiswa UMPSA

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2023/2024 kepada seluruh mahasiswa UMPSA

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2023/2024 kepada seluruh mahasiswa UMPSA yang akan berlangsung mulai esok, 24 Januari hingga 8 Februari 2024. Semoga dipermudahkan dan selamat maju jaya kepada semua siswa siswi yang bakal menduduki peperiksaan kali ini.
Promosi Program Dual Ijazah Jerman di SMK Sultan Ahmad

Promosi Program Dual Ijazah Jerman di SMK Sultan Ahmad

Pasukan promosi FTKEE telah mengadakan promosi program Dual Ijazah Jerman kepada 180 orang pelajar SMK Sultan Ahmad, Pekan yang mengambil Kursus Bahasa Jerman di sekolah mereka pada 19 Januari 2024.
 
Semoga pendedahan ini sedikit sebanyak membantu hala tuju dan memberikan manfaat.
UMPSA perkukuh kerjasama dengan Cardiff Metropolitan University dalam teknologi robotik dan STEM

UMPSA perkukuh kerjasama dengan Cardiff Metropolitan University dalam teknologi robotik dan STEM

Kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ( UMPSA) dengan Cardiff Metropolitan University (CMU) bakal memberi tumpuan kepada memanfaatkan teknologi robotik dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk meningkatkan peluang pembelajaran dalam kalangan pelajar.
 
Hadir bertukar dokumen perjanjian (MoA), Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Eureka Robotics Cardiff Metropolitan University, Dr. Esyin Chew dengan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan East Asia Hub - Country Director Malaysia, Dr Jazreel Goh.
 
Turut sama, STEM Coordinator Cardiff Metropolitan University (CMU), Dr Chow Siing Sia. Syabas dan terima kasih atas sokongan barisan pengurusan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta khasnya kepada Prof Madya Dr Nurul Hazlina binti Nordin atas momen ini.
 
Sumber: LINK
Electric Vehicle (EV) Safety Awareness

Electric Vehicle (EV) Safety Awareness

Electric Vehicle (EV) Safety Awareness.
Don't miss out on the buzz at Electric Vehicle (EV) Safety Awareness - where safety meets innovation!
Who should attend?

Public User
- Policymakers
- Law Enforcement
- Energy Providers
- Safety Experts
- First Responders
 
Embrace the future of Electronic Vehicle Safety Awareness with our FREE course!
Secure your spot for an electrifying experience! Save the date and be part of the movement towards a safer tomorrow!

Date : 17 January 2024
Time : 9:00am - 5:00pm
Venue : Swiss-Belhotel Kuantan
Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji Bagi Peperiksaan Akhir Semester 1, Sesi 2023/2024

Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji Bagi Peperiksaan Akhir Semester 1, Sesi 2023/2024

Manfaatkan minggu anda dengan mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan akhir semester. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang cemerlang.
 
Kredit : UMPSA
Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network