Mesyuarat Agung Silver UMP 2020

Mesyuarat Agung Silver UMP 2020

Persatuan Mahasiswa Negeri Perak UMP (SILVER UMP) telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan buat julung kalinya pada 14 November 2020 (Sabtu).

Majlis bermula seawal jam 8.30 malam dengan pendaftaran para perwakilan yang terdiri daripada pelajar-pelajar baharu dan lama Universiti Malaysia Pahang dengan menggunakan platform Google meet.

Majlis perasmian bermula tepat jam 9 malam dengan didahului nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perak dan lagu rasmi UMP serta bacaan doa.

Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Penasihat 1 - Dr. Normaiza binti Zamri (UMP Gambang) dan Penasihat 2 - Encik Mohd Hisyam bin Mohd Ariff (UMP Pekan)

Antara objektif Mesyuarat Agung ini adalah bertujuan untuk memberi permakluman pengenalan SILVER UMP kepada pelajar baru UMP dan juga pemilihan kepimpinan baharu.