MESYUARAT PERKEMBANGAN PROJEK GERAN INDUSTRI YPPH-UMP

MESYUARAT PERKEMBANGAN PROJEK GERAN INDUSTRI YPPH-UMP

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah), PM Dr Mohd Mawardi bin Saari, pada 6 Mei 2021, juga memberi peluang berdialog dengan staf YPPH dalam membantu industri perladangan dengan bantuan teknologi terkini melalui projek sistem pengairan air solar di bawah geran industri yang dibiayai oleh YP Plantation Holdings Sdn Bhd.

Selesai mesyuarat, staf YPPH di bawa ke tapak semaian cubaan yang dibangunkan di kawasan FTKEE sebagai pilot system, sebelum sistem yang dibangunkan akan dipasang di tapak semaian kecil kelapa sawit kepunyaan YPPH di Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.

Demonstrasi dan penerangan sistem telah diterangkan oleh Aiman Safwan bin Ahmad Suffian dan Mohamad Syazwan bin Mohd Roni, 2 pelajar BTE yang sedang menjalani Latihan Industri di YPPH di bawah geran industri ini.

Photo3

Penerangan dan demonstrasi sistem oleh 2 pelajar BTE yang sedang menjalani Latihan Industri di YP Plantation Holdings Sdn Bhd di bawah projek geran industri.

 

Staf yang terlibat:

1. TS. DR. ROSHAHLIZA BINTI M RAMLI (KETUA PROJEK)

2. PROF. DATO’ DR. MORTAZA BIN MOHAMED

3. TS. DR. WAHEB ABDUL JABBAR

4. TS. WAN HASSAN BIN WAN HAMAT

5. 10 PELAJAR SENIOR DESIGN PROJECT

6. 5 STAF YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD (diketuai oleh

7. Ketua Jabatan Perladangan, Tn Nik Rauzi bin Che Ya @ Nik Halim)