Pensyarah FTKEE UMP Terima Geran Penyelidikan Pelaksanaan Projek Cyberjaya Smart City

Pensyarah FTKEE UMP Terima Geran Penyelidikan Pelaksanaan Projek Cyberjaya Smart City

Pensyarah FTKEE telah menerima geran penyelidikan ‘Industry Promotion and Development. Grant (IPDG)’ daripada Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dan Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) bernilai RM200,000.00 dalam Pelaksanaan Projek Cyberjaya Smart City.

Kumpulan penyelidik daripada Pusat Teknologi Sensor yang diketuai oleh Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim akan menjalankan kajian ‘Vision Based Intelligent Traffic Monitoring System (VBITMS)’ bagi membantu agensi berkaitan dalam penyediaan data analitik, perancangan jalan dan trafik, pembangunan kawasan perniagaan dan kemudahan di samping impak pengeluaran kesan karbon dari kenderaan.

Program yang dijalankan secara dalam talian pada 1 Mac 2021 yang lalu menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi kerjasama pelaksanaan projek ini.

Dalam tempoh projek ini dijalankan, kumpulan penyelidikan ini akan ditempatkan di CoInnov8 iaitu ruang pejabat ‘Start-Up’ di Cyberview Sdn Bhd untuk menjalankan kajian serta meningkatkan kerjasama dan kolaborasi dengan pihak industry bagi mempercepatkan inovasi bandar pintar Cyberjaya.

Ahli kumpulan:

  • Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim
  • Dr. Mohd Rizal Othman
  • Dr. Afif bin Mohd Faudzi
  • En. Muhammad Salihin Saealal
  • Cik Norasyikin Fadilah

Majlis penganugerahan & menandatangani perjanjian online:

https://www.facebook.com/TechnicalStandardsForum/videos/483043289385210/