Official Website    

Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu FTKEE UMPSA

Selamat Datang Kepada Pelajar Baharu FTKEE UMPSA

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sekalung Tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza binti M Ramli

Sekalung Tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza binti M Ramli

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza binti M Ramli di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya).
 
 
Kenaikan pangkat ini adalah satu bentuk pengiktirafan serta penghargaan Universiti atas khidmat bakti, prestasi dan komitmen pegawai dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam. Semoga kenaikan pangkat ini dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan staf dan Universiti amnya.
Mahasiswa FTKEE Memartabatkan Seni Silat di Beijing

Mahasiswa FTKEE Memartabatkan Seni Silat di Beijing

Menyifatkan ia sebagai tanggungjawab generasi pelapis, barisan pemuda yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Universiti Beijing Jiatong, menubuhkan
kumpulan silat untuk mempamerkan keunikan seni silat kepada masyarakat negara Tembok Besar itu ketika dijemput membuat persembahan dalam pelbagai acara di sini.

Pelajar ini merupakan pelajar kohort pertama double degree UMPSA-BJTU dari Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Beijing Jiaotong University (BJTU) China di mana pelajar akan mendapat dua skrol ijazah iaitu:
1) UMPSA - Bachelor of Electrical Engineering with Honours
2) BJTU - Bachelor of Electrical and Automation Engineering

Syabas kepada pelajar FTKEE di BJTU, Norizwan Aliff Mohd Nahar dan Che Wan Syahiran Amrin Che Wan Saupi, masing-masing berusia 22 tahun selain Muhammad Aqil Nor Zamani, Muhammad Aliff Aqma Amran Zaidy dan A. Thavirat Sukhphasin, masing- masing berusia 24 tahun.

Sumber: LINK

FTKEE RAIH 3 MEDAL EMAS DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL) 2023

FTKEE RAIH 3 MEDAL EMAS DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL) 2023

Tahniah kepada Pemenang Pingat Emas dari FTKEE di IUCEL 2023.
 
𝟏. 𝐄𝐝𝐮𝐜𝐫𝐞𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨: 𝐔𝐧𝐥𝐨𝐜𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐫𝐞𝐚𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐲 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐒𝐞𝐚𝐦𝐥𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐨𝐥𝐨 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧
Kumpulan penyelidik: Prof. Madya Dr. Hamdan Daniyal, Pn. Aishah Ibrahim, Pn. Nurul Wahidah Arshad dan Dr. Norazila Jaalam
 
𝟐. 𝐄𝐦𝐩𝐨𝐰𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐘𝐨𝐮𝐧𝐠 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐞𝐫𝐬: 𝐁𝐮𝐢𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐋𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐜𝐲 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥𝐞𝐫𝐬
Kumpulan penyelidik: Dr. Norazila Jaalam, Pn. Nor Farizan Zakaria, Pn. Nurulfadzilah Hasan, Pn. Nurul Wahidah Arshad, Ts. Dr. Yasmin Abdul Wahab, Ts. Dr. Rohana Abdul Karim, Dr. Suliana Ab Ghani dan Pn. Noor Lina Ramli
 
𝟑. 𝐒𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐡𝐞 𝐄𝐧𝐠𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐢𝐫𝐜𝐮𝐢𝐭: 𝐔𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐭𝐨 𝐄𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢𝐳𝐞 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐞𝐧𝐭 𝐞-𝐋𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐢𝐜𝐚𝐥 & 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐬 𝐄𝐧𝐠𝐢𝐧𝐞𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠
Kumpulan penyelidik: Ts. Dr. Mohd Shafie Bin Bakar, Puan Nurul Wahidah Binti Arshad, Ts. Dr Yasmin Binti Abdul Wahab , Pn. Nurulfadzilah Binti Hasan dan Ts. Dr. Rohana Binti Abdul Karim
 
Turut bersama bergambar kenangan PM Dr Azidah Abu Ziden, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, JPT.
 
Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi

Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mohd Anwar bin Zawawi di atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya).
 
Kenaikan pangkat ini adalah satu bentuk pengiktirafan serta penghargaan Universiti atas khidmat bakti, prestasi dan komitmen pegawai dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam.Semoga kenaikan pangkat ini dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan staf dan Universiti amnya.
MAJLIS KONVOKESYEN UMPSA 2023

MAJLIS KONVOKESYEN UMPSA 2023

Dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 (MKK18) dijadualkan pada 21 Oktober 2023 hingga 24 Oktober 2023.

Sistem Pengesahan Kehadiran #MKK18 akan dibuka mulai 18 September 2023 bermula jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 12 Oktober 2023 melalui portal http://konvo.ump.edu.my.

Tahniah! Selamat Bergraduasi Buat Graduan UMPSA!

CENDEKIA BITARA AWARD'S 2022 : PROWESS CRAFTSMANSHIP

CENDEKIA BITARA AWARD'S 2022 : PROWESS CRAFTSMANSHIP

Tahniah kepada barisan pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA yang telah dinobatkan anugerah di majlis berprestij universiti iaitu Anugerah Cendekia Bitara 2022.
 
Sekalung tahniah kepada:
 
1) PROFESOR MADYA TS. DR. MOHD ASHRAF BIN AHMAD
2) ENCIK MOHD HELMI BIN SUID
3) PROFESOR MADYA IR. DR AHMAD NOR KASRUDDIN BIN NASIR
4) PUAN NURUL WAHIDAH BINTI ARSHAD
5) IR. TS. DR. MOHD ZAMRI BIN IBRAHIM
 
Turut hadir Dekan, Profesor Madya Dr. Hamdan Bin Daniyal serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Profesor Madya Dr. Abu Zaharin Bin Ahmad bersama-sama memberikan sokongan. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada warga fakulti untuk terus memacu kejayaan berterusan.
Selamat Menyambut Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga negara Malaysia yang kita cintai ini sentiasa dilimpahi keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berkekalan.

Sekalung Tahniah kepada Ts. Dr. Noorazliza

Sekalung Tahniah kepada Ts. Dr. Noorazliza

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN BAHARU
Sukacita dimaklumkan mengenai pelantikan baharu jawatan tersebut:
 
TS. DR. NOORAZLIZA BINTI SULAIMAN
Felo Pembangunan Pengajian Siswazah Program Pesisir & E- Pembelajaran kuatkuasa 1 Julai 2023 hingga 31 Januari 2024
Tahniah kepada Dr. Syamimi Mardiah

Tahniah kepada Dr. Syamimi Mardiah

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN BAHARU
Sukacita dimaklumkan mengenai pelantikan baharu jawatan tersebut:
DR. SYAMIMI MARDIAH BINTI SHAHARUM
Felo Pembangunan Pengajian Siswazah Program Saluran Pantas, Naik Taraf & Kursus Umum di Pusat Pengajian Siswazah
berkuatkuasa 1 Julai 2023 hingga 31 Januari 2024
Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my