Official Website    

Salam Israk dan Mikraj 1445 Hijrah

Salam Israk dan Mikraj 1445 Hijrah

Salam Israk dan Mikraj. Memperingati Sebuah Perjalanan Agung pada 8 Februari 2024 bersamaan 27 Rejab 1445H.

FTKEE UMPSA Terima Lawatan Dari Kolej Vokasional Kemaman, Terengganu

FTKEE UMPSA Terima Lawatan Dari Kolej Vokasional Kemaman, Terengganu

Terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Kemaman kerana memilih FTKEE sebagai lokasi lawatan ilmu. Seramai 41 orang pelajar beserta 5 orang guru telah hadir untuk melawat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA. Pelajar dan guru telah dibawa melawat kemudahan serta makmal di FTKEE seperti Makmal Automasi serta Mini Plant. Turut hadir Ts. Nazriyah, Ketua Teknikal FTKEE UMPSA.
FTKEE UMPSA Santuni Lawatan Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu

FTKEE UMPSA Santuni Lawatan Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu

Seramai 20 orang pelajar beserta 3 orang guru dari Sek Men Imtiaz Yayasan Terengganu telah hadir untuk melawat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA. Lawatan turut diselia oleh pihak Confucius Institute, Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa. Pelajar dan guru telah dibawa melawat kemudahan serta makmal di FTKEE. Turut hadir Profesor Madya Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan FTKEE UMPSA dan Ts. Nazriyah Binti Haji Che Zan @ Che Zain, Ketua Teknikal.
 
Terima kasih kepada Ustaz Wan Mohd Azman bin Wan Abdullah, Pengetua, Ustaz Mohamad Faiz Fathulah bin Kadir, Penolong Kanan Pentadbiran, Nurul Faradila Binti Omar dan Nor Hidayah binti Che Mat yang merupakan guru pengiring yang hadir.
 
Pemakluman Perlantikan Baharu Jawatan Giliran Pentadbiran FTKEE UMPSA

Pemakluman Perlantikan Baharu Jawatan Giliran Pentadbiran FTKEE UMPSA

Sukacita dimaklumkan mengenai pelantikan baharu jawatan giliran pentadbiran FTKEE, UMPSA adalah seperti berikut:

DR. NORAZILA BINTI JAALAM 
Ketua Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
1 Februari 2024 - 31 Disember 2025

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kembali ke Pahang

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kembali ke Pahang

"𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗜"

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗟-𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗜’𝗔𝗬𝗔𝗧𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔𝗙𝗔 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗜𝗕𝗡𝗜 𝗔𝗟-𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗦𝗧𝗔’𝗜𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛

𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗡𝗞𝗨 𝗔𝗭𝗜𝗭𝗔𝗛 𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗜𝗠𝗨𝗡𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗔𝗟-𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗧𝗔𝗪𝗔𝗞𝗞𝗜𝗟 𝗔𝗟𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗛𝗔𝗝

SEMPENA MEMULIAKAN KEBERANGKATAN BALIK KE NEGERI PAHANG SETELAH SELAMAT MENYEMPURNAKAN PEMERINTAHAN SEBAGAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE - 16

Pada 30 Januari 2024 (Selasa) bersamaan 18 Rejab 1445 Hijrah

Merafak sembah dan Menjunjung Kasih daripada Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor dan Seluruh Warga Universiti serta Anak-anak Syarikat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Promosi Program FTKEE UMPSA di Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang

Promosi Program FTKEE UMPSA di Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang

Sedang berlangsung sesi pameran di Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang

ROBOWAR 2024

ROBOWAR 2024

Let’s come and join the RoboFTKEE War Challenge

🗓️ 27 th January 2024 (Saturday).
🕙 9:00 am – 4:00 pm.

🖇️ FTKEE Foyer UMPSA Pekan

Mesyuarat Pasca Persidangan - "The 7th International Conference On Electrical, Control And Computer Engineering" (INECCE 2023)

Mesyuarat Pasca Persidangan - "The 7th International Conference On Electrical, Control And Computer Engineering" (INECCE 2023)

Telah diadakan pada 24 Januari 2024 mesyuarat pasca persidangan The 7th International Conference on Electrical, Control and Computer Engineering (InECCE 2023) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Mesyuarat pasca persidangan diadakan bagi membentangkan hasil persidangan selain membincangkan perkara berbangkit untuk mempertingkatkan kualiti persidangan untuk siri-siri berikutnya.
Terima kasih kepada semua petugas!
Bengkel Penawaran Program Akademik Pesisir TVET Borneo secara kerjasama UMS-UMPSA

Bengkel Penawaran Program Akademik Pesisir TVET Borneo secara kerjasama UMS-UMPSA

Telah diadakan bengkel Program Pesisir TVET BORNEO secara kerjasama UMS-UMPSA bermula 22 dan 23 Januari 2024. Wakil Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) UMPSA telah disertai oleh Ir. Ts. Dr. Rosmadi Bin Abdullah, Ketua Program (Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik)

[SINAR HARIAN] UMPSA Advanced tawar kursus keselamatan kenderaan elektrik (EV)

[SINAR HARIAN] UMPSA Advanced tawar kursus keselamatan kenderaan elektrik (EV)

KUANTAN - Para pemain industri termasuk pengguna perlu memiliki pengetahuan serta pemahaman mendalam terhadap aspek keselamatan penggunaan kenderaan elektrik (EV). Kedua-dua perkara itu amat penting selaras dengan perkembangan teknologi serta pasaran EV yang semakin rancak di Malaysia ketika ini. Susulan daripada perkembangan tersebut, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Advanced menawarkan Kursus Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV di bawah Program Talent Tech kepada semua pemain industri dan agensi berkaitan di Pahang.

Menurut Dr Ahmad Johari Mohamad, kursus jangka pendek itu dapat memberi pendedahan awal kepada warga industri serta agensi kerajaan mengenai aspek keselamatan penyelenggaraan EV. "Adalah satu keperluan penting untuk memiliki pengetahuan asas dalam keselamatan EV kerana teknologi ini bakal diaplikasikan dengan lebih meluas di masa akan datang selari dengan Revolusi Industri 4.0".

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) UMPSA Advanced, Profesor Dr Hamdan Daniyal berkata, kursus yang ditawarkan itu bukan sahaja kepada pemain industri sahaja, tetapi juga kepada agensi-agensi kerajaan seperti polis, bomba dan warga industri tentang EV.

"Kalau boleh, kita mahu setiap agensi ada ilmu mengenai EV supaya mereka tahu cara tangani sekiranya berlaku masalah dengan kenderaan terbabit. Secara asasnya kenderaan EV ini selamat digunakan tetapi ilmu pengetahuan tentang perlu ada," jelasnya.

Rujukan: LINK

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network