Official Website    

UMPSA perkukuh kerjasama dengan Cardiff Metropolitan University dalam teknologi robotik dan STEM

UMPSA perkukuh kerjasama dengan Cardiff Metropolitan University dalam teknologi robotik dan STEM

Kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ( UMPSA) dengan Cardiff Metropolitan University (CMU) bakal memberi tumpuan kepada memanfaatkan teknologi robotik dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk meningkatkan peluang pembelajaran dalam kalangan pelajar.
 
Hadir bertukar dokumen perjanjian (MoA), Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Eureka Robotics Cardiff Metropolitan University, Dr. Esyin Chew dengan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan East Asia Hub - Country Director Malaysia, Dr Jazreel Goh.
 
Turut sama, STEM Coordinator Cardiff Metropolitan University (CMU), Dr Chow Siing Sia. Syabas dan terima kasih atas sokongan barisan pengurusan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta khasnya kepada Prof Madya Dr Nurul Hazlina binti Nordin atas momen ini.
 
Sumber: LINK
Electric Vehicle (EV) Safety Awareness

Electric Vehicle (EV) Safety Awareness

Electric Vehicle (EV) Safety Awareness.
Don't miss out on the buzz at Electric Vehicle (EV) Safety Awareness - where safety meets innovation!
Who should attend?

Public User
- Policymakers
- Law Enforcement
- Energy Providers
- Safety Experts
- First Responders
 
Embrace the future of Electronic Vehicle Safety Awareness with our FREE course!
Secure your spot for an electrifying experience! Save the date and be part of the movement towards a safer tomorrow!

Date : 17 January 2024
Time : 9:00am - 5:00pm
Venue : Swiss-Belhotel Kuantan
Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji Bagi Peperiksaan Akhir Semester 1, Sesi 2023/2024

Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji Bagi Peperiksaan Akhir Semester 1, Sesi 2023/2024

Manfaatkan minggu anda dengan mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan akhir semester. Semoga segala usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang cemerlang.
 
Kredit : UMPSA
Lawatan Industri Pertingkat Kerjasama FTKEE dan GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd

Lawatan Industri Pertingkat Kerjasama FTKEE dan GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd

Pada 15 Jan 2024, (Isnin) GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd, Plant 4, Banting, Selangor telah sudi menerima Lawatan Industri DRE2223. Seramai 30 orang pelajar DRE bersama pensyarah pengiring Ts. Dr. Yasmin Abdul Wahab.

Terima kasih pihak industri yang diketuai oleh Mr. Tan Jiun Hann (Alex) menjadi penyelaras sepanjang tempoh lawatan berlangsung disekitar kilang.

Tahniah kepada Encik Omar bin Aliman diatas kejayaan memperolehi Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN

Tahniah kepada Encik Omar bin Aliman diatas kejayaan memperolehi Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA mengucapkan tahniah kepada Encik Omar Bin Aliman, diatas kejayaan memperolehi Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN Tahun 2023 bernilai RM100,000.00.
Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN adalah geran yang diwujudkan untuk mempromosi dan menggalakkan kolaborasi penyelidikan bersama dikalangan rakan kerjasama Universiti MTUN bagi menjalankan projek penyelidikan yang menyumbang kepada penemuan idea baru dan pemindahan ilmu serta memberi tumpuan kepada penyelidikan yang berinovasi dan seterusnya akan memberikan impak kepada semua pihak.
 
Tahniah Kepada 3 Penyelidik FTKEE UMPSA

Tahniah Kepada 3 Penyelidik FTKEE UMPSA

Tahniah kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Kamarul Hawari Bin Ghazali, Dr. Nur Huda Binti Ramlan dan Profesor Ir. Dr Mohd Faizal Bin Jamlos diatas kejayaan memperolehi Geran Program Penyelidikan Translasional Tahun 2023 Kementerian Pendidikan Tinggi bernilai RM395,300.00. Geran yang diperolehi ini adalah bagi program Inovasi Penyelesaian TVET Untuk Amalan Pertanian dan Akuakultur Mampan: Kerja Sepadan dan Meningkatkan Pertumbuhan Ekonomi.
 
Sasaran projek penyelidikan ini adalah untuk memberikan sumbangan inovasi sosial yang penting dalam usaha untuk memperbaiki amalan-amalan pertanian dan akuakultur, serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.
[Berita Harian] Padam sangkaan jumud inovasi IPT gagal majukan negara, masyarakat

[Berita Harian] Padam sangkaan jumud inovasi IPT gagal majukan negara, masyarakat

Laporan kajian dari sebuah institut merumuskan hasil penyelidikan universiti tidak digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat. Dilaporkan juga kononnya lebih 9,200 penulisan ilmiah melangkaui 178 bidang hanya tersadai pada peringkat jurnal sahaja.

Adakah ini sesuatu laporan itu mempunyai keabsahan untuk menggambarkan situasi kualiti penulisan ilmiah dan impaknya kepada negara atau masyarakat atau ia sekadar rumusan 'separa masak' boleh mengelirukan masyarakat awam serta pembuat dasar.

Oleh Dr Abdul Nasir Abd Ghafar (Pensyarah FTKEE UMPSA)

Bacaan Lanjut: LINK

FTKEE Jayakan Tanggungjawab Sosial Kongsi Kepakaran Dalam Kerja Penyelenggaraan Elektrik

FTKEE Jayakan Tanggungjawab Sosial Kongsi Kepakaran Dalam Kerja Penyelenggaraan Elektrik

Kerja-kerja penyeleggaraan peralatan elektrik di Masjid Al- Hidayah Paya Besar Kuantan telah dilaksanakan oleh 11 orang pelajar-pelajar kursus Building Electrical System Maintenance (BVE2315).
 
Menurut penasihat, Ir. Dr. Bakri Bin Hassan, Pensyarah Kanan (FTKEE) khidmat penyelenggaraan elektrik di masjid ini dilaksanakan sebagai sebahagian dari komponen kemahiran (psycho-motor) dalam kursus BVE2315.
 
Penasihat teknikal Encik Mohd Salmizan bin Moh Zain serta Encik Mohd Maliki bin Md Saad menyifatkan pelaksanaan program ini dapat mengukuhkan tahap pemahaman mereka secara teori dan memantapkan kemahiran teknikal pelajar disamping bersosialisasi dengan masyarakat setempat. Bagi pihak fakulti/universiti pula, sejajar dengan universiti sebagai sebuah instutusi TVET, program CSR penyelenggaraan elektrik ini merupakan tanggungjawab sosial kepada komuniti sebagai penerima faedah.
Droncubator Batch II

Droncubator Batch II

Droncubator Batch 2 telah dilaksanakan pada 13 Januari 2024 baru-baru ini telah berjaya menarik minat para pelajar berkaitan teknologi dron dalam bidang pertanian dan perindustrian.

Tahniah kepada Aniq Zamzamy iaitu pelajar FTKEE atas pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua (Pekan) bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMPSA)

Tahniah kepada Aniq Zamzamy iaitu pelajar FTKEE atas pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua (Pekan) bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UMPSA)

Tahniah kepada Aniq Zamzamy bin Sibron atas pelantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua (Pekan) bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sesi 2023/2024.

Seramai 27 pelajar mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sesi 2023/2024.

Program ini disaksikan oleh Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed serta barisan pengurusan Tertinggi UMPSA.

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network