FTKEE SERTAI SHELL ECO MARATHON 2023, LOMBOK TENGAH, INDONESIA

FTKEE SERTAI SHELL ECO MARATHON 2023, LOMBOK TENGAH, INDONESIA

Pada 4 – 9 Julai 2023, telah berlangsung Pertandingan Shell Eco Marathon 2023 bertempat di Pertamina Mandalika International Street Circuit, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.
 
Tahniah kepada Navineswaran A/L Sargunam dan Suman A/L Ramesh dari program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) Dengan Kepujian. Pelajar di iringi Ts. Muhammad Ikram Bin Mohd Rashid.
 
Pertandingan ini disertai oleh lebih dari 70 pasukan yang terdiri daripada 13 buah negara, termasuklah pasukan daripada Universiti Malaysia Pahang yang terdiri daripada 11 orang pelajar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), serta diiringi oleh 2 orang pensyarah daripada FTKMA dan FTKEE.
 
Kereta prototaip daripada pasukan UMP-Tech berjaya melepasi 12 tahap pemeriksaan teknikal (technical inspection) yang sangat mencabar, seterusnya menjadi pasukan Malaysia terbaik setelah berjaya melepasi 4 cubaan tanpa gagal di atas litar, bagi kategori Prototaip – Bateri Elektrik. Pencapaian pasukan UMP-Tech sangat memberangsangkan apabila berjaya memecahkan rekod terdahulu UMP dengan catatan 120km/kwh.
 
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada para penaja yang menyumbang kepada kejayaan ini :-
1. FTKEE
2. JHEPA UMP
3. FTKMA
4. SAE
5. FTKPM
6. AEC
7. CARIFF
8. UMP ADVANCED
9. ORBIT SHIPPING
10. LEO METAL
11. ANEKA BAKTI
12. FLEXISCALE

Print   Email