Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri beri Perkongsian Ilmu di Universitas Dinamika, Indonesia

Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri beri Perkongsian Ilmu di Universitas Dinamika, Indonesia

Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri telah berkunjung ke Universitas Dinamika untuk kunjungan bersama perkongsian ilmu buat pelajar-pelajar Program Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer bagi syarahan tetamu antarabangsa dengan tema "'Transforming Smart City and Healthcare with AI and Computer Vision''.

Semasa perkongsian ilmu ini, Dr. Mohd Zamri telah memperkenalkan penumpuan kecerdasan buatan (AI), memahami transformasi bandar pintar dinamik menggunakan AI dan penglihatan komputer. Pensyarah kanan dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UMPSA ini telah menerima lebih 20 anugerah penyelidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Menurutnya, teknologi ini boleh merevolusikan bandar pintar, kerana apabila diaplikasikan ia memberi kesan kepada kawalan lalu lintas, keselamatan awam dan sebagainya. Sementara itu, apabila digunakan pada aplikasi perubatan, teknologi berasaskan AI ini boleh merevolusikan dunia perubatan, membantu pengesanan awal dan rawatan diperibadikan untuk tumor otak dan penyakit paru-paru dan sebagainya.

Sumber:LINK


Print   Email