[KOSMO] FTKEE UMPSA jalin kerjasama pintar dengan 12 industri

[KOSMO] FTKEE UMPSA jalin kerjasama pintar dengan 12 industri

UNIVERSITI Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalinkan kerjasama pintar dengan 12 organisasi industri dalam pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL).

Ia pendekatan pembelajaran yang menggabungjalinkan pembelajaran di universiti dengan industri bagi mewujudkan pengalaman bersepadu (teori dan praktikal) selama setahun kepada pelajar khususnya dalam program Sarjana Muda Teknologi di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

Kolaborasi turut memantapkan jaringan akademik dalam pelbagai bidang termasuk sangkutan industri staf serta penyelidikan dan pembangunan bagi manfaat kedua-dua pihak.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Naib Canselor UMPSA, Prof. Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin; Dekan FTKEE, Prof. Madya Dr. Hamdan Daniyal dan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim.

Menurut Yuserrie, kerjasama tersebut turut meneroka dalam penempatan latihan industri, kursus jangka pendek dan lain-lain.

Ujarnya, UMPSA sebagai salah sebuah universiti dalam Rangkaian Universiti Teknikal Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan program Sarjana Muda Teknologi ( BTEC) yang direka bagi menyediakan laluan pengajian tinggi kepada lepasan institusi program latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Menurutnya, elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah hands on, pembelajaran berasaskan masalah berorientasikan projek (POPBL) dan WBL yang akan memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025".

Sumber: LINK


Print   Email