Lawatan MADACorp ke makmal penyelidikan FTKEE

Lawatan MADACorp ke makmal penyelidikan FTKEE

6 Jun 2023 | UMP Pekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (UMP) menerima kunjungan pihak Syarikat Perniagaan Peladang Sdn Bhd (MADACorp) ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menjalin kolaborasi industri berkaitan ‘Sensors and IoT’ dan ‘Smart Manufacturing’. Kehadiran delegasi MADACorp yang diketuai oleh Pengurus Kanan MADACorp, Encik Rahizal bin Rahim ini disambut oleh Pengarah Pusat Teknologi Industri Termaju UMP, Dr. Nasrul Hadi Johari, Profesor Dr. Kamarul Hawari dan Profesor Madya Dr. Mawardi Saari. Delegasi turut dibawa melawat di sekitar makmal penyelidikan FTKEE iaitu Lab Magnetic, Makers Lab dan juga tapak panel solar bagi meninjau fasiliti dan menyaksikan beberapa hasil penyelidikan UMP.

Print   Email