[SINAR HARIAN] UMPSA Advanced tawar kursus keselamatan kenderaan elektrik (EV)

[SINAR HARIAN] UMPSA Advanced tawar kursus keselamatan kenderaan elektrik (EV)

KUANTAN - Para pemain industri termasuk pengguna perlu memiliki pengetahuan serta pemahaman mendalam terhadap aspek keselamatan penggunaan kenderaan elektrik (EV). Kedua-dua perkara itu amat penting selaras dengan perkembangan teknologi serta pasaran EV yang semakin rancak di Malaysia ketika ini. Susulan daripada perkembangan tersebut, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Advanced menawarkan Kursus Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV di bawah Program Talent Tech kepada semua pemain industri dan agensi berkaitan di Pahang.

Menurut Dr Ahmad Johari Mohamad, kursus jangka pendek itu dapat memberi pendedahan awal kepada warga industri serta agensi kerajaan mengenai aspek keselamatan penyelenggaraan EV. "Adalah satu keperluan penting untuk memiliki pengetahuan asas dalam keselamatan EV kerana teknologi ini bakal diaplikasikan dengan lebih meluas di masa akan datang selari dengan Revolusi Industri 4.0".

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) UMPSA Advanced, Profesor Dr Hamdan Daniyal berkata, kursus yang ditawarkan itu bukan sahaja kepada pemain industri sahaja, tetapi juga kepada agensi-agensi kerajaan seperti polis, bomba dan warga industri tentang EV.

"Kalau boleh, kita mahu setiap agensi ada ilmu mengenai EV supaya mereka tahu cara tangani sekiranya berlaku masalah dengan kenderaan terbabit. Secara asasnya kenderaan EV ini selamat digunakan tetapi ilmu pengetahuan tentang perlu ada," jelasnya.

Rujukan: LINK


Print   Email