UMPSA perkukuh kerjasama dengan Cardiff Metropolitan University dalam teknologi robotik dan STEM

UMPSA perkukuh kerjasama dengan Cardiff Metropolitan University dalam teknologi robotik dan STEM

Kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ( UMPSA) dengan Cardiff Metropolitan University (CMU) bakal memberi tumpuan kepada memanfaatkan teknologi robotik dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk meningkatkan peluang pembelajaran dalam kalangan pelajar.
 
Hadir bertukar dokumen perjanjian (MoA), Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Eureka Robotics Cardiff Metropolitan University, Dr. Esyin Chew dengan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan East Asia Hub - Country Director Malaysia, Dr Jazreel Goh.
 
Turut sama, STEM Coordinator Cardiff Metropolitan University (CMU), Dr Chow Siing Sia. Syabas dan terima kasih atas sokongan barisan pengurusan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta khasnya kepada Prof Madya Dr Nurul Hazlina binti Nordin atas momen ini.
 
Sumber: LINK

Print   Email