Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) UMPSA Bersama OMRON Electonics (M) Sdn. Bhd.

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) UMPSA Bersama OMRON Electonics (M) Sdn. Bhd.

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Omron Electronics (M) Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan dan latihan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kompeten.

Majlis menyaksikan Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi SAkinah Abdul Munaim, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Profesor Madya Dr. Hamdan bin Daniyal, dan Pengarah Pusat TVET Termaju. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani.

Manakala pihak OMRON diwakili oleh En. Lee Kok Soong, Pengarah Urusan, En. Alvin Choi Kwok Weh, Pengurus Jualan dan En. Sharizal bin Ahmad, Pengurus Akaun.

Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah berkata, OMRON mempunyai kepakaran dan teknologi dalam bidang automasi, penderia, kawalan, robotik dan Revolusi Industri 4.0 di mana ini dapat membantu UMPSA dalam memberikan nilai tambah kepada mahasiswa UMPSA.

Menurut En. Lee Kok Soong pula, kerjasama bersama UMPSA ini merupakan salah satu usaha di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara dua pihak.

“OMRON akan membantu UMPSA dalam menubuhkan makmal yang mempunyai peralatan yang majoritinya adalah buatan Malaysia”,katanya.

Melalui kerjasama ini juga, pelbagai program lain turut boleh diadakan seperti Train the Trainer (TTT), membangunkan modul latihan yang releven dengan kehendak semasa, penempatan bagi pelajar untuk menjalani latihan industri di OMRON dan sesi perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak.


Cetak   Emel