Minggu Induksi Siswa (MINDS) FTKEE UMPSA

Minggu Induksi Siswa (MINDS) FTKEE UMPSA

Minggu Induksi Siswa (MINDS) dan Hari Suai Kenal (HSK) merupakan program wajib kepada pelajar baharu sebagai platform mengenali dunia pendidikan dan akademik di UMPSA amnya dan di FTKEE khasnya. Walaupun MINDS/HSK di anjurkan dan diuruskan oleh JHEPA diperingkat universiti, namun terdapat slot khas yang diperuntukan bagi setiap fakulti untuk membolehkan maklumat terperinci berkenaan program pengajian disampaikan secara lebih khusus dan berkesan kepada pelajar.
 
Oleh itu, MINDS/HSK ini merupakan wadah bagi para pelajar baharu untuk menyesuaikan diri disamping mendapatkan maklumat secara terus daripada ketua program dan penasihat akademik masing-masing sebelum memulakan sesi kuliah.
Selamat datang!

Cetak   Emel