Penganugerahan Profesor Emeritus kepada  Profesor Dato Ts Dr Mortaza Mohamed

Penganugerahan Profesor Emeritus kepada Profesor Dato Ts Dr Mortaza Mohamed

21 Oktober 2023 | UMPSA Gambang
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengurniakan anugerah Profesor Emeritus kepada Profesor Dato Ts Dr Mortaza Mohamed yang merupakan penganugerahan tertinggi akademik atas pelbagai sumbangan yang telah dicurahkan kepada universiti dan Pendidikan tinggi negara.
 
Profesor Dato Ts Dr Mortaza dilantik sebagai Pengarah Kampus UTM Kampus Cawangan Pahang pada tahun 1998 dan terlibat dalam penubuhan Kolej Teknologi Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke-16 di Malaysia pada tahun 2002.
 
Sepanjang perkhidmatan UMPSA, beliau juga merupakan Timbalan Rektor dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) pertama UMPSA.
 
Prof Dato' Dr Mortaza juga turut memberi sumbangan dalam merancang pelbagai projek demi memajukan bidang Kejuruteraan Elektrik (Kawalan Komputer) penerbitan dan aktiviti perundingan dengan pelbagai agensi di dalam bidang berkaitan dari dalam dan luar negara.
 
Penghargaan ini juga diberikan atas sumbangan dan kepakaran beliau dalam bidang penyelidikan di peringkat Universiti apabila dilantik sebagai Profesor Pelawat dan Profesor Tamu di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) UMPSA pada tahun 2020 hingga 2021.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Canselor turut menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada seramai 79 penerima ijazah sarjana dan kedoktoran termasuk 9 anugerah kecemerlangan bersempena Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung pada sesi 1 pagi tadi.
 
Sumber: LINK

Cetak   Emel