Sesi Kunjungan Wakil Kedutaan Jepun di Malaysia dan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS)

Sesi Kunjungan Wakil Kedutaan Jepun di Malaysia dan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS)

4 Oktober 2023 - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA telah menerima kunjungan buat julung kalinya daripada Mr. Yukiyoshi Saito, Sekretariat Pendidikan dan Sains Kedutaan Jepun di Malaysia, Pn Noraini Ahmad Salim, Pegawai Khas Perhubungan Pendidikan Kedutaan Jepun di Malaysia dan En. Zamri Bakar, Setiausaha Persatuan Alumni Dasar Pandang Ke Timur (ALEPS).
 
Sesi ini juga telah dihadiri oleh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Corporation Manufacturing Malaysia (MMCMM) Sdn, Bhd, Mr Yoshio Kobayashi dan pengurus operasi, En. Mohamad Norsyafiq B Ab Hamid. Pertemuan ini menjadi platform kepada pihak kedutaan mengenalpasti bekas graduan Jepun yang kini berkhdmat di UMPSA,khususnya di FTKEE. Para pensyarah juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi profail kepakaran masing-masing, baik dari segi bidang kajian mahupun inisiatif-inisiatif yang masih dijalankan yang mendapat kerjasama daripada pihak Jepun.
 
Akhir pertemuan,berdasarkan jumlah keberadaan bekas graduan Jepun di UMPSA serta kepelbagaian kepakaran yang dimiliki, pihak kedutaan Jepun di Malaysia mengalu-alukan kerjasama dan perancangan bersama untuk aktiviti di masa akan datang, sama ada program berkaitan akademik mahupun bukan akademik. Hasil pertemuan ini memberi impak positif akan keberkesanan program dasar pandang ke timur yang telah sekian lama diilhamkan, dan seterusnya memberi manfaat terutamanya melahirkan modal insan yang memberi tambah nilai kepada keutuhan dan kecemerlangan UMPSA di peringkat global.

Cetak   Emel