Sesi Perbincangan dan Wacana Ilmu bersama Aerodyne Group

Sesi Perbincangan dan Wacana Ilmu bersama Aerodyne Group

Sesi perbincangan dan wacana ilmu bersama Aerodyne Group dilaksanakan oleh kumpulan Drone Research Network (DRN) UMPSA dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UMPSA. Perbincangan tersebut merangkumi penanda-aras DRN dan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kedua belah pihak. Di samping itu, pameran dron DRN telah diadakan pada program Dron Teknologi Di Malaysia bertempat di UMPSA dan memaparkan dron pertanian, dron pengesan gas dan dron whoop (bersaiz kurang dari 100mm dan mempunyai pelindung propeller). Dron whoop (atau lebih dikenali dengan nama tiny whoop) digunakan bagi menarik minat terhadap dron kepada pelajar-pelajar sekolah. Kumpulan DRN ini terdiri dari FTKEE yang diketuai oleh Ts. Dr. Mohammad Fadhil bin Abas, PRInT, FTKA, FTKMA, FTKPM dan FK UMPSA.

Sumber: LINK


Cetak   Emel