Tahniah kepada Encik Omar bin Aliman diatas kejayaan memperolehi Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN

Tahniah kepada Encik Omar bin Aliman diatas kejayaan memperolehi Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA mengucapkan tahniah kepada Encik Omar Bin Aliman, diatas kejayaan memperolehi Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN Tahun 2023 bernilai RM100,000.00.
Geran Penyelidikan Kerjasama Strategik MTUN adalah geran yang diwujudkan untuk mempromosi dan menggalakkan kolaborasi penyelidikan bersama dikalangan rakan kerjasama Universiti MTUN bagi menjalankan projek penyelidikan yang menyumbang kepada penemuan idea baru dan pemindahan ilmu serta memberi tumpuan kepada penyelidikan yang berinovasi dan seterusnya akan memberikan impak kepada semua pihak.
 

Cetak   Emel