Official Website    

Latihan Dalaman Kursus PHYTON Programming dan Internet of Things (IOT)

Latihan Dalaman Kursus PHYTON Programming dan Internet of Things (IOT)

Pada 20 Februari 2024 telah diadakan Latihan Dalaman Kursus Python Programming Dan Internet Of Things (IOT) Bagi Keperluan Kursus BTE1522 Innovation Lab LI -Python, Bte2533 Innovation Lab IV - IOT Dan Senior Design Project.

Objektif bengkel antaranya;

1.Kandungan utama Innovation Lab II melibatkan penggunaan bahasa Python dan integrasi dengan Raspberry PI sementara Innovation Lab IV pula mendedahkan cara membina getaway IoT yang sepenuhnya berfungsi menggunakan Raspberry Pi.

2. Senior Design Project pula adalah kursus bagi pelajar tahun akhir (BTE 3813 dan BTE 4826) di mana projek yang terlibat biasanya melibatkan integrasi antara pengaturcaraan dan perkakasan, dimana pengetahuan dalam pengaturcaraan Python serta penggunaan Raspberry Pi dalam projek menjadi semakin penting.

3. Latihan dalaman ini akan melibatkan penceramah dalaman UMPSA yang berpengalaman iaitu En Amran Bin Abdul Hadi untuk memberi latihan dan pengajaran secara bersemuka kepada peserta yang terlibat.

4. Latihan dalaman ini adalah perlu dan akan disertai oleh pensyarah-pensyarah dalam program BTS dan BTE khususnya yang terlibat dalam pengajaran agar pengetahuan berkaitan penggunaan bahasa Python dan aplikasi Raspberry PI dapat dikuasai sepenuhnya dan dapat diajar kepada para pelajar dengan sebaiknya.

Kursus Innovation Lab II dan Innovation Lab IV merupakan subjek wajib bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komputer Sistem), singkatannya BTS, yang bakal ditawarkan buat pertama kalinya pada semester 2 2023/2024.

 

Penilai Luar Bagi Persediaan Permohonan SRRO2 Bagi Program Diploma Di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah

Penilai Luar Bagi Persediaan Permohonan SRRO2 Bagi Program Diploma Di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah

Telah diadakan sesi lawatan penilai luar iaitu Lawatan Persediaan Bagi Permohonan New Cycle Accreditation MBOT Program-Program Diploma di Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah (KVSHAS), Kuala Lipis Pahang.

Wakil FTKEE yang terlibat sebagai panel luar Prof Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ibrahim dan Ts. Dr. Md Rizal Bin Othman sebagai pemerhati.

Semoga dengan lawatan ini dapat memberi tambah baik untuk permohonan akan datang.

Lawatan Penilai Luar (External Assessor) bagi Program Pascasiswazah FTKEE UMPSA

Lawatan Penilai Luar (External Assessor) bagi Program Pascasiswazah FTKEE UMPSA

Sepanjang 20 dan 21 Februari ini lawatan penilaian program akademik oleh External Assessor (EA), Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Muhammad Mokhzaini Bin Azizan bagi program Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Lestari) – KEE, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik berlangsung.
 
Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh MQA, lawatan penilaian oleh EA bagi program akademik mesti dilaksanakan secara berkala. Maka pada tahun ini, lawatan penilaian program KEE oleh EA perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan seperti yang telah digariskan.
Majlis Sanjungan Budi UMPSA 2024

Majlis Sanjungan Budi UMPSA 2024

Tahniah diucapkan kepada staf-staf FTKEE yang telah diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi 2024 bertujuan bagi meraikan staf yang telah berkhidmat selama 20 tahun bersama UMPSA.

Seramai 58 staf menerima sijil penghargaan dalam Majlis Amanat Naib Canselor yang disampaikan oleh YH Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah di Dewan Astaka, UMPSA Gambang.

 

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-22 buat seluruh warga UMPSA

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-22 buat seluruh warga UMPSA

Dua puluh dua tahun yang lalu, generasi perintis Universiti ini telah meletakkan asas yang menegakkan kedudukan UMPSA sebagaimana yang kita lihat dan rasai kini. Asas tersebut terus diperbaharui dan diperkukuh dalam setiap fasa perkembangan strategik dengan mengambil kira kedudukan dan keperluan semasa dan masa depan Universiti ini secara dinamik dan realistik.

UMPSA menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktivti pengkomersialan produk penyelidikan juga memanfaatkan masyarakat dengan agenda Teknologi Untuk Masyarakat.

Selama 22 tahun ini, UMPSA boleh berbangga dengan pencapaian dalam Akademik dan Penyelidikan dengan penarafan di dalam Negara dan di peringkat antarabangsa.

UMPSA akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-22 buat seluruh warga UMPSA. Tahniah! Buat warga UMPSA.

Majlis Amanat Naib Canselor UMPSA 2024

Majlis Amanat Naib Canselor UMPSA 2024

Tarikh: 16 Februari 2024 | Jumaat
Masa: 9.00 pagi
Tempat : Dewan Astaka UMPSA Gambang

Warga UMPSA dijemput hadir.

Saksikan penstriman langsung di Facebook UMPSA Malaysia.

Salam Israk dan Mikraj 1445 Hijrah

Salam Israk dan Mikraj 1445 Hijrah

Salam Israk dan Mikraj. Memperingati Sebuah Perjalanan Agung pada 8 Februari 2024 bersamaan 27 Rejab 1445H.

FTKEE UMPSA Terima Lawatan Dari Kolej Vokasional Kemaman, Terengganu

FTKEE UMPSA Terima Lawatan Dari Kolej Vokasional Kemaman, Terengganu

Terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Kemaman kerana memilih FTKEE sebagai lokasi lawatan ilmu. Seramai 41 orang pelajar beserta 5 orang guru telah hadir untuk melawat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA. Pelajar dan guru telah dibawa melawat kemudahan serta makmal di FTKEE seperti Makmal Automasi serta Mini Plant. Turut hadir Ts. Nazriyah, Ketua Teknikal FTKEE UMPSA.
FTKEE UMPSA Santuni Lawatan Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu

FTKEE UMPSA Santuni Lawatan Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu

Seramai 20 orang pelajar beserta 3 orang guru dari Sek Men Imtiaz Yayasan Terengganu telah hadir untuk melawat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA. Lawatan turut diselia oleh pihak Confucius Institute, Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa. Pelajar dan guru telah dibawa melawat kemudahan serta makmal di FTKEE. Turut hadir Profesor Madya Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dekan FTKEE UMPSA dan Ts. Nazriyah Binti Haji Che Zan @ Che Zain, Ketua Teknikal.
 
Terima kasih kepada Ustaz Wan Mohd Azman bin Wan Abdullah, Pengetua, Ustaz Mohamad Faiz Fathulah bin Kadir, Penolong Kanan Pentadbiran, Nurul Faradila Binti Omar dan Nor Hidayah binti Che Mat yang merupakan guru pengiring yang hadir.
 
Pemakluman Perlantikan Baharu Jawatan Giliran Pentadbiran FTKEE UMPSA

Pemakluman Perlantikan Baharu Jawatan Giliran Pentadbiran FTKEE UMPSA

Sukacita dimaklumkan mengenai pelantikan baharu jawatan giliran pentadbiran FTKEE, UMPSA adalah seperti berikut:

DR. NORAZILA BINTI JAALAM 
Ketua Program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa)
1 Februari 2024 - 31 Disember 2025

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network