FTKEE researchers participate in "INTERPOL Car Forensic Expert Group Meeting" in Italy

FTKEE researchers participate in "INTERPOL Car Forensic Expert Group Meeting" in Italy

Penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektrikal (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Syukran Hakim Bin Norazman telah menghadiri 5th INTERPOL Car Forensic Expert Group Meeting yang di anjurkan oleh Pusat Inovasi Global Interpol dan dihoskan oleh Italia Polizia Stradale bertempat di Jabatan Polis Jalanraya Negara, Alessandro Magnasco 60, Rome, Itali.

Dr Syukran Hakim membentangkan penyelidikan berkaitan analisis data bagi tujuan melihat tahap keselamatan dan kerentanan peranti kenderaan autonomous BukaPilot. Peranti BukaPilot ini digunakan untuk menjadikan sesebuah kenderaan memiliki ciri-ciri autonomous. Ia boleh didapati di pasaran terbuka, tetapi tahap keselamatan dan keupayaannya masih belum diketahui dan perlu dinilai dengan teliti. Ini juga terkait rapat dengan peraturan jalan raya berkenaan kenderaan autonomous di Malaysia yang masih belum ada.
 
Projek ini merupakan hasil usahasama antara UMPSA dan CyberSecurity Malaysia (CSM) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Cetak   Emel