Official Website    

WACANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UMP

WACANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UMP

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman, Majlis Wacana Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Oktober 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna UMP Pekan
Pakaian : Baju Korporat

3. Semua staf UMP Pekan adalah diwajibkan hadir secara fizikal manakala staf UMP Gambang secara dalam talian (Facebook UMP Malaysia).

Sokongan dan kerjasama YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Majlis Konvokesyen Ke-17 (MKK17) Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Majlis Konvokesyen Ke-17 (MKK17) Universiti Malaysia Pahang (UMP)

#UMPSharing

Majlis Konvokesyen Ke-17 (MKK17) Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal berlangsung pada 5 hingga 8 November 2022 bertempat di Dewan Kompleks Sukan UMP Gambang.

Sistem Pengesahan Kehadiran ke MKK17 dibuka mulai 28 September 2022 bermula jam 12.00 tengah hari melalui portal http://konvo.ump.edu.my dan Sistem pengesahan ditutup pada 27 Oktober 2022.

Maklumat lanjut hubungi En. Mohd Nazri Rahmad (09 – 431 6791), Pn. Elmi Rohaiza Harun (09 – 431 6808) atau En. Mohd Razmi Rosli (09 – 431 5064).

Tahniah! Graduan UMP.

#duadekadUMP
#TeknologiUntukMasyarakat
#konvokesyen2022
#umplestari

[HEBAHAN] PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN GERAN LAB2MARKET BIL.3/2022

[HEBAHAN] PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN GERAN LAB2MARKET BIL.3/2022

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,

Y.H/YBhg./YBrs./Dato‘/Datin/Profesor/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN GERAN LAB2MARKET BIL.3/2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan dana penyelidikan bagi Geran Lab2Market Fasa 3 telah dibuka pada 26 Ogos 2022. Inisiatif geran ini adalah untuk membantu para penyelidik menghasilkan projek yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan yang memenuhi spesifikasi industri dan pengguna.
Garis panduan permohonan serta borang permohonan seperti yang dilampirkan.

Sehubungan itu, Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar permohonan. Borang permohonan yang lengkap dalam bentuk softcopy perlu dikemukakan kepada Sekretariat sebelum atau pada 30 September 2022. Permohonan tanpa dokumen sokongan yang lengkap tidak akan diproses.

FTKEE UMP ECO CHALLENGE 2022

FTKEE UMP ECO CHALLENGE 2022

The event of FTKEE UMP ECO Challenge 2022 on October 29 will be flagged off at 7.45 am from FTKEE UMP Pekan Campus.

The race is divided into two categories –

FUN RUN (7KM)   

CRITERIUM (20KM)

Registration can be done via https://forms.gle/7KFqrL1HSGj7vYn36

Contact us at:
011-10776526(Razali) - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
019-7978595 (Ikram) - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
019-9906409 (Ayie Isports)
019-4493466 (Azizah) - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
018-322 2857 (Safwan Arif)
014-591 7859 (Hu)

The closing date for entries is on Sunday, 2nd October 2022.

 

Tahniah kepada Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim diatas Kenaikan Pangkat Jawatan Professor Gred Khas C (VK7)

Tahniah kepada Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim diatas Kenaikan Pangkat Jawatan Professor Gred Khas C (VK7)

Tahniah 

Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed diatas

Kenaikan Pangkat Jawatan Professor Gred Khas C (VK7)

Universiti Malaysia Pahang

 

Program STEM Unlimited di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelak, Pekan, Pahang.

Program STEM Unlimited di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelak, Pekan, Pahang.

Seramai 11 orang staf FTKEE dan 7 orang pelajar Diploma FTKEE telah bersama menjayakan Program STEM Unlimited di Sekolah Kebangsaan Pelak, Pekan pada 24 Ogos 2022. Program ini turut sama dijayakan dengan kerjasama syarikat TT Electronics dan ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan dalam empat pertandingan yang dipertandingkan dan pameran STEM oleh TT Electronics. Program ini melibatkan penglibatan kesemua murid Sekolah Kebangsaaan Pelak, dari prasekolah hingga ke Tahun 6 bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid akan kepentingan STEM dalam membina generasi yang dapat menghayati kepentingan Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian.

Wakil Staf UMP 

1) Profesor Madya Dr. Hamdan Bin Daniyal (Dekan)

2) Profesor Madya Ts. Dr. Hamzah Bin Ahmad

3) Profesor Madya Dr. Mohd Mawardi Bin Saari

4) Ts. Dr. Saifudin Bin Razali

5) Encik Mohd Helmi Bin Suid

6) Puan Siti Murzalina Binti SH Murad

7) Dr. Nur Aqilah Binti Othman

8) Dr. Maziyah Binti Mat Noh

9) Dr. Wan Syahirah Binti W. Samsudin

10) Dr. Noor Zirwatul Ahlam Binti Naharuddin

11) Puan Norazian Binti Subari

Wakil pelajar Diploma FTKEE:

1) Muhammad Hafiz Bin Abdul Razad
2) Ahmad Muizzuddin Bin Zainudin
3) Ariff Aizuddin Bin Asrul Azani
4) Muhamad Aiman Nashriq
5) Muhammad Rusydan Syahmin Bin Sofian
6) Alya Nadirah Binti Kamaruddin
7) Muhammad Nur Muhaimin Bin Mohamad Faiz

Rujukan tambahan: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/08/992515/program-stem-tarik-minat-murid-bidang-robotik

Sekalung Tahniah Kepada Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) bagi tahun 2020 dan 2021.

Sekalung Tahniah Kepada Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) bagi tahun 2020 dan 2021.

Pihak pengurusan dan warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP), mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang bagi tahun 2020 dan 2021 pada Majlis Sambutan Hari Kualiti & Inovasi 2022 Peringkat UMP.

 

APC 2021

1. PROF. MADYA  IR. DR. ADDIE IRAWAN BIN HASHIM
2. TS. DR. WAN ISMAIL BIN IBRAHIM
3. DR. NORHAFIDZAH BINTI MOHD SAAD
4. EN. MOHD FALFAZLI BIN MAT JUSOF
5. EN. MOHD REZAL BIN MOHD ARIFFIN
6. DR. AHMAD JOHARI BIN MOHAMAD
7. EN. MUHAMMAD FAUZI BIN ALI

APC 2020

1. SITI MURZALINA BINTI SH MURAD
2. NOOR LINA BINTI RAMLI 
3. AHMAD SALIMI BIN ASHAARI 
4. NURUL WAHIDAH BINTI ARSHAD 
5. DR. WAN NUR AZHANI BINTI W. SAMSUDIN 
6. NORAZILA BINTI JAALAM 
7. NOR FARIZAN BINTI ZAKARIA 
8. AMRAN BIN ABDUL HADI 
9. HAIRUL AJIKI BIN HASHIM  

 

Perakuan Akreditasi Penuh Daripada Pihak MQA Bagi 2 Program Pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Perakuan Akreditasi Penuh Daripada Pihak MQA Bagi 2 Program Pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Sekalung penghargaan atas pengiktirafan akreditasi penuh daripada pihak MQA bagi 2 program pengajian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP).

1. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa dan Mesin) dengan Kepujian.

2. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Sistem Komputer) dengan Kepujian.

Hari Suai Kenal FTKEE UMP 2022

Hari Suai Kenal FTKEE UMP 2022

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Y.H/YBhg./YBrs./Dato‘/Datin/Profesor/Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, dijemput Y.H/YBhg./YBrs./Dato‘/Datin/Profesor/Prof.Madya/ Dr./Tuan/Puan untuk sama-sama menghadiri Hari Suai Kenal FTKEE UMP 2022 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Ogos 2022
Masa : 9.45 Pagi - 4.00 Petang
Lokasi : Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Jom Sertai Kami

Image
— Contact
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my
— Social Network