Official Website    

UMP NEWS: Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia

UMP NEWS: Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia

PEKAN, 3 Februari 2023 - Radio Frequency Identification (RFID) bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. 

Namun perluasan penggunaan masih pada tahap minimum berikutan banyak perspektif negatif yang timbul mengenai kegagalan sistem RFID pada pengendali tol di Malaysia, sedangkan RFID mempunyai rekod yang cemerlang di negara-negara lain yang turut mengoperasi sistem yang sama.

Melihat kepada perspektif negatif terhadap RFID, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd Hisyam Mohd Ariff, 42 telah menaik taraf potensi RFID dalam beberapa aspek iaitu mendapatkan sistem kelajuan bacaan yang lebih tinggi, mengesan lebih banyak tag dalam jangka masa yang singkat dan kawasan liputan pengesanan yang lebih meluas.

Penyelidikan itu turut mendapat kerjasama daripada pensyarah FTKEE, Dr. Noor Zirwatul Ahlam Naharuddin, Ts. Dr. Mohammad Fadhil Abas dan pensyarah Pusat Sains Matematik (PSM), Dr. Rahimah Jusoh @ Awang.

Menurut Mohd Hisyam, kepesatan teknologi pada masa kini memerlukan medium pemindahan maklumat yang lebih pantas dan berkesan dan RFID merupakan satu bentuk komunikasi tanpa wayar yang menggunakan medan elektromagnet untuk mengenal pasti dan menjejak tag yang dilampirkan pada objek secara automatik.

Sumber rujukan:

1. Mohd Hisyam hasilkan antena RFID berfrekuensi tinggi bagi naik taraf sistem RFID tol Malaysia | UMP News

2. UMP Malaysia - Posts | Facebook

Infografik: Talian Kecemasan & Pusat Bencana UMP

Infografik: Talian Kecemasan & Pusat Bencana UMP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dilampirkan Infografik bagi Talian Kecemasan & Pusat Bencana UMP untuk makluman semua pihak.

Laman sesawang RES-Q UMP: https://ump.edu.my/en/3333 

Sekian Terima Kasih.

PSM2 EXHIBITION (SEMESTER I 22/23)

PSM2 EXHIBITION (SEMESTER I 22/23)

Dengan segala hormatnya, kami menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri PSM2 Exhibition (Semester I 22/23) pada ketetapan berikut:

Tarikh : Khamis, 19 Januari 2023
Masa : 9am – 5pm
Lokasi : FTKEE & FTKMA Engineering Laboratory Area, UMP Gambang

Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa) akan mempamerkan dan membentangkan hasil akhir kerja penyelidikan bagi subjek Engineering Project I & II.

Semoga kehadiran YBhg. Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat memeriahkan serta memberi sokongan kepada peserta program ini.

Knowledge Sharing: Concern and Good Practise in Supervision

Knowledge Sharing: Concern and Good Practise in Supervision

Let’s come and join the sharing session with Professor Ir. Ts. Dr. Muzamir Isa from Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) 

🗓️ 18 Jan 2023 (Wednesday)
🕙 10:00 am – 12:00 pm

🖇️ DPE FTKEE UMP

Industry Talk: Understanding an AC Electric Motor

Industry Talk: Understanding an AC Electric Motor

Let’s come and join the sharing session with Hj Hashim Othman

🗓️ 18 Jan 2023 (Wednesday)
🕙 02:30 pm – 04:30 pm
🖇️ DK2 FTKEE

Webinar: Power Electronics - Introduction to Inverter System

Webinar: Power Electronics - Introduction to Inverter System

Let’s come and join the sharing session with Ir..Krismadinata from Faculty of Engineering, Universitas Negeri Padang, Indonesia.

🗓️ 11 Jan 2023 (Wednesday)
🕙 10:00 am – 12:00 pm

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/91089744059?pwd=bzh3d1JrOUQ2bU5qTnBUUHpQSGo1UT09

Meeting ID: 910 8974 4059
Passcode: 941100

Sharing Knowledge by Industry Advisor Panel

Sharing Knowledge by Industry Advisor Panel

Let’s come and join the sharing session with Ir. Jafni bin Alias @ Sulong from Katsu Perunding Sdn. Bhd.

🗓️ 11 Jan 2023 (Wednesday)
🕙 08:30 am – 09:45 am
🖇️ BMU FTKEE

Selamat datang kepada Panel Penilaian Akreditasi bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian

Selamat datang kepada Panel Penilaian Akreditasi bagi Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian

Pengurusan dan warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran panel Penilaian Akreditasi Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UMP.

Tarikh: 18 – 19 Januari 2023
Hari: Rabu dan Khamis

Sekalung Tahniah

Sekalung Tahniah

Universiti Malaysia Pahang sedang giat menjalankan kerjasama penyelidikan bersama industri dalam negara dan luar negara. Ini dapat dilihat dengan peningkatan penerimaan geran industri dan antarabangsa oleh penyelidik-penyelidik hebat daripada bidang-bidang yang berbeza.
 
Diharapkan dengan adanya kerjasama penyelidikan antara penyelidik UMP dan industri luar ini dapat meningkatkan tahap penyelidikan negara selain memperkukuhkan jalinan strategik UMP dan industri serta memberi impak kepada komuniti sejagat.
 
Tahniah juga kepada staf FTKEE yang berjaya.

Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my