Official Website    

Welcome to InECCE 2023

Welcome to InECCE 2023

The 7th International Conference on Electrical, Control, and Computer Engineering (InECCE 2023). This edition of InECCE will be held at Royal Chulan Damansara, Kuala Lumpur, on August 22, 2023.
 
Link:
 
 
See you there!
Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Peringkat UMPSA

Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Peringkat UMPSA

Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA, Profesor Madya Dr. Hamdan bin Daniyal hadir bagi menerima Jalur Gemilang dari sebagai simbolik kepada perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Peringkat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Canseleri UMPSA Kampus Paya Besar dari Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 Tahun kali ini membawa tema, Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan mengekspresikan komitmen kerajaan dalam memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu aman dan sejahtera selaras dengan prinsip Malaysia Madani.
 
IEEE Authorship Workshop: How To Get Published With The IEEE

IEEE Authorship Workshop: How To Get Published With The IEEE

Assalamualaikum wbt and Good Day.

YH Dato’/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,

We are pleased to invite you to participate in a highly informative and engaging workshop titled ‘IEEE AUTHORSHIP WORKSHOP: HOW TO GET PUBLISHED WITH THE IEEE’.

Objective

Participants will be discussed based on the essential learning notes to contribute either a journal or conference proceeding article on the IEEE Xplore as part of their scholarly communication activities.

Date: 16th August 2023

Time: 11.00 am – 1.00 pm

Location: Executive Lounge, UMPSA Library, Pekan

Audience: Participants who are interested to publish on IEEE Xplore (as a journal paper, magazine article or conference proceedings)

FB Live: Link

Sekalung Tahniah kepada Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina binti Noordin

Sekalung Tahniah kepada Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina binti Noordin

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang giat menjalankan kerjasama penyelidikan bersama industri dalam negara dan luar negara. Ini dapat dilihat dengan peningkatan penerimaan geran industri dan antarabangsa oleh penyelidik-penyelidik hebat daripada bidang-bidang yang berbeza.
 
Diharapkan dengan adanya kerjasama penyelidikan antara penyelidik UMPSA dan industri luar ini dapat meningkatkan tahap penyelidikan negara selain memperkukuhkan jalinan strategik UMPSA dan industri serta memberi impak kepada komuniti sejagat.
 
Tahniah juga kepada staf FTKEE yang berjaya.
Sumber: Link
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod

3 Ogos 2023 | Kuala Terengganu
 
Jutaan tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Ir. Dr. Muhamad Zahim bin Sujod (Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) di atas penerimaan Geran Penyelidikan dari Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) sempena Forum Antarabangsa Antartika dan Perubahan Iklim yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
 
Kerjasama strategik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan YPASM ini memfokuskan kepada penyelidikan kutub dan mengukuhkan kapasiti penyelidikannya dalam sains sempadan global. Selain UMPSA, 7 universiti awam lain turut menerima geran tersebut untuk tahun ini.
 
Semoga kerjasama strategik ini membuahkan hasil yang lebih lagi di masa akan datang.
 
Sumber: Link
Bengkel Pemurnian Peratusan Penunjuk Prestasi Setiap PEO Bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

Bengkel Pemurnian Peratusan Penunjuk Prestasi Setiap PEO Bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

Telah berlangsung di Ancasa Royal Pekan, Bengkel Permurnian Peratusan Penunjuk Prestasi Setiap PEO Program Diploma yang diketuai oleh Ts. Dr. Yasmin bt Abdul Wahab. Bengkel ini merupakan persediaan dalam memastikan gerak kerja persediaan akreditasi di Fakulti berjalan lancar dan dapat memenuhi cadangan pihak pemegang taruh (pemeriksa luar dan panel industri, IAP) sebelum mesyuarat bersama IAP tahun 2023. Turut hadir Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik.
 
1 Ogos 2023
DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Ke Sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Seluruh warga Universiti sekalian mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dalam rahmat pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan sihat walafiat.

Dirgahayu Tuanku.

 

Pahang's UMP now known as UMPSA

Pahang's UMP now known as UMPSA

PEKAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP), which marked its 21st anniversary in February this year, is now known as Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

The Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah consented to the use of UMPSA's logo and name according to the Federal Government gazette which came into force on April 14, 2023.

UMPSA was established as Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) on Feb 16, 2002 as the 16th higher learning institution in the country before being upgraded to a full-fledged university, known as UMP on Feb 1, 2007.

Sumber rujukan: Link

SELAMAT DATANG KE FTKEE

SELAMAT DATANG KE FTKEE

Hari Suai Kenal Julai 2023 kepada mahasiswa baharu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMP bertempat di XDK-02, UMP Paya Besar.
Seramai 100 orang pelajar baharu Diploma in Electrical and Electronics Engineering/ Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DRE) menjalani sesi suai kenal khas fakulti bersama pihak pentadbiran fakulti.
 
Taklimat disampaikan oleh Dr. Noor Zirwatul Ahlam Binti Naharuddin (Ketua Program (Pembangunan Pelajar) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik) serta Ts. Dr. Yasmin Binti Abdul Wahab (Ketua Program (Diploma) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik)
23 Julai 2023
Selamat Datang delegasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMP Pekan.

Selamat Datang delegasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMP Pekan.

Sesi penandaaras bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM berfokus mengikut program masing-masing.
Antara program yang terlibat:
1) Program BEL - Elektrikal
2) Program KEE/ PSH
3) Program DRE - Diploma
Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my