Official Website    

FTKEE POSTGRADUATE COLLOQUIUM 2023

FTKEE POSTGRADUATE COLLOQUIUM 2023

Majlis perasmian program dirasmikan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA , Profesor Madya Dr. Hamdan Bin Daniyal.
 
[KOSMO] FTKEE UMPSA jalin kerjasama pintar dengan 12 industri

[KOSMO] FTKEE UMPSA jalin kerjasama pintar dengan 12 industri

UNIVERSITI Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalinkan kerjasama pintar dengan 12 organisasi industri dalam pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL).

Ia pendekatan pembelajaran yang menggabungjalinkan pembelajaran di universiti dengan industri bagi mewujudkan pengalaman bersepadu (teori dan praktikal) selama setahun kepada pelajar khususnya dalam program Sarjana Muda Teknologi di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

Kolaborasi turut memantapkan jaringan akademik dalam pelbagai bidang termasuk sangkutan industri staf serta penyelidikan dan pembangunan bagi manfaat kedua-dua pihak.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Naib Canselor UMPSA, Prof. Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin; Dekan FTKEE, Prof. Madya Dr. Hamdan Daniyal dan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim.

Menurut Yuserrie, kerjasama tersebut turut meneroka dalam penempatan latihan industri, kursus jangka pendek dan lain-lain.

Ujarnya, UMPSA sebagai salah sebuah universiti dalam Rangkaian Universiti Teknikal Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan program Sarjana Muda Teknologi ( BTEC) yang direka bagi menyediakan laluan pengajian tinggi kepada lepasan institusi program latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Menurutnya, elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah hands on, pembelajaran berasaskan masalah berorientasikan projek (POPBL) dan WBL yang akan memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025".

Sumber: LINK

UMP-HKA 25th Board of Examination (BoE) & Coordination Meeting UMP-HKA 02/2023

UMP-HKA 25th Board of Examination (BoE) & Coordination Meeting UMP-HKA 02/2023

UMP-HKA 25th BOARD OF EXAMINATION (BoE) & COORDINATION MEETING UMP-HKA 02/2023 was conducted at the Faculty of Electrical & Electronics Engineering Technology (FTKEE) UMPSA. FTKEE this time served as the host and was led by Associate Professor Dr. Hamdan Bin Daniyal, Dean of FTKEE.

Professor Dr. Mahadzir Bin Ishak @ Muhammad, Dean of the Faculty of Mechanical and Automotive Engineering Technology and Associate Prof Ir. Ts. Dr. Faiz Bin Mohd Turan, Dean of the Faculty of Manufacturing and Mechatronics Engineering Technology, were also present in this meeting.

Sesi Perbincangan dan Wacana Ilmu bersama Aerodyne Group

Sesi Perbincangan dan Wacana Ilmu bersama Aerodyne Group

Sesi perbincangan dan wacana ilmu bersama Aerodyne Group dilaksanakan oleh kumpulan Drone Research Network (DRN) UMPSA dan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UMPSA. Perbincangan tersebut merangkumi penanda-aras DRN dan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh kedua belah pihak. Di samping itu, pameran dron DRN telah diadakan pada program Dron Teknologi Di Malaysia bertempat di UMPSA dan memaparkan dron pertanian, dron pengesan gas dan dron whoop (bersaiz kurang dari 100mm dan mempunyai pelindung propeller). Dron whoop (atau lebih dikenali dengan nama tiny whoop) digunakan bagi menarik minat terhadap dron kepada pelajar-pelajar sekolah. Kumpulan DRN ini terdiri dari FTKEE yang diketuai oleh Ts. Dr. Mohammad Fadhil bin Abas, PRInT, FTKA, FTKMA, FTKPM dan FK UMPSA.

Sumber: LINK

Sekalung Tahniah kepada Dr. Ahmad Syahiman dan Dr. Syukran Hakim

Sekalung Tahniah kepada Dr. Ahmad Syahiman dan Dr. Syukran Hakim

Tahniah kepada Dr. Ahmad Syahiman dan Dr. Syukran Hakim diatas kejayaan memperolehi geran Skim Geran Fundamental (FRGS) bagi tahun 2023 dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 buat Negara Malaysia tercinta. Semoga Malaysia terus aman, sentosa dan harmoni.
Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.
Tahniah kepada Ts. Dr. Roshahliza

Tahniah kepada Ts. Dr. Roshahliza

Tahniah kepada Dr. Roshahliza diatas kejayaan memperolehi geran Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi tahun 2023 dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Taklimat Pengenalan Kepada Arkib dan Pelupusan Dokumen

Taklimat Pengenalan Kepada Arkib dan Pelupusan Dokumen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ybhg. Prof, Profesor Madya, Dr, Tuan-Tuan & Puan-Puan Sekalian.

JK EKSA FTKEE bersama-sama dengan Pihak Perpustakaan UMPSA akan mengadakan taklimat seperti berikut:

Tajuk: Pengenalan kepada Arkib dan Pelupusan Dokumen Universiti
Tarikh: 24 Ogos 2023 (Khamis)
Tempat : BMU FTKEE

Microsoft Teams: Link

CPD disediakan bagi yang hadir.
Semua dijemput hadir.

Ts. Dr. Mohd Riduwan Hasilkan Mesin Bekam Automatik

Ts. Dr. Mohd Riduwan Hasilkan Mesin Bekam Automatik

PEKAN, 18 Ogos 2023 – Terapi bekam adalah satu bentuk perubatan alternatif yang banyak diamalkan oleh masyarakat islam, China dan Eropah. 

Terapi ini masih diamalkan sehingga kini dengan menggunakan pelbagai alternatif seperti penyedut manual atau mesin penyedut kahak bagi kawasan yang berbulu dan berambut tanpa perlu mencukur. 

Namun, kaedah ini tidak begitu mesra pengguna dan berpotensi untuk menjadi lepuhan kulit serta menyukarkan cawan bekam untuk melekat pada kulit.

Bagi mengatasi masalah itu, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Ts. Dr. Mohd Riduwan Ghazali, 39 telah menghasilkan mesin bekam automatik dengan kawalan sedutan daripada penderia mengikut masa yang bersesuaian. 

Terdapat tiga output sedutan yang boleh beroperasi serentak dan menghasilkan mekanisme yang cekap untuk meminimumkan kesan buruk ke atas kulit semasa terapi bekam.

Penyelidikan ini turut mendapat kerjasama daripada pensyarah FTKEE, Mohd Falfazli Mat Jusof, Ts. Dr. Wan Ismail Ibrahim, Pegawai Latihan Vokasional Pusat Reka Bentuk dan Inovasi Teknologi, Ir. Ts. Nik Mohd Zaitul Akmal Mustapha dan Ts. Wan Hassan Wan Hamat dan pelajar Sarjana Muda FTKEE, Yoong Tai Hui serta beberapa pelajar FTKEE yang lain.

Sumber: LINK

FTKEE UMPSA Welcomes all the Industry Advisory Panel Member for IAP Committee Meeting

FTKEE UMPSA Welcomes all the Industry Advisory Panel Member for IAP Committee Meeting

The Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology has started making early preparations for the accreditation of the FTKEE programmes prior to January 2024. The necessity of holding a meeting with the industry panel is also consistent with the principles stated in the 2020 industry panels terms of reference for external appointments. This meeting took place at the Royal Chulan Damansara on 21st August 2023.

Every academic programme must periodically receive program-related input from the relevant industry panels, according to the Engineering Association Council (EAC) Standard and Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) Standard 2020.

We appreciate the input from the industry panellists.

1) PRPC UTILITIES AND FACILITIES SDN BHD
2) PERUNDING HAZ SDN BHD
3) INTEL PSG
4) TM INNOVATION
5) ECO BREEZE TECH MALAYSIA SDN BHD
6) VA POWER ENGINEERING SDN. BHD.
7) SYSTEM TEST & HARDWARE DESIGN & DEVELOPMENT, INTEL TECHNOLOGY SDN BHD
8) IOT DEVICES AND PRODUCT DEPLOYMENT, MIMOS BERHAD
9) KLUG ENERGY SDN BHD
10) EASTERN STEEL SDN. BHD
11) OMRON MALAYSIA SDN BHD
12) SONY EMCS (MALAYSIA) SDN.BHD
13) KATSU PERUNDING SDN. BHD
14) NADI CERDAS SDN. BHD.
15) PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN. BHD.
16) PETRONAS CHEMICALS LDPE AMMONIA SBD. BHD.
Image
— Hubungi
Faculty of Electrical and Electronics Engineering Technology,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Campus,
26600 Pekan, Pahang, Malaysia.
+609-431 5015
info-ftkee@umpsa.edu.my